"Life is made up of tears and smile"
Geng Blogger
Strangers are just friends waiting to happen. ~Rod McKuen, Looking for a Friend~
Semenjak dua menjak ni aku banyak sekali berfikir.. walaupun aku sendiri pun tak tahu apa yang aku selalu fikir - fikirkan. Haha. Tapi yang pasti, aku sekarang lebih aktif membaca blog. Apa lagi sekarang ni aku dah jadi ahli Gengblogger. Lagi la meriah. Ikut pengamatan aku, Gengblogger ni lain sikit dari komuniti blogger yang aku dah masuk. Lain sebab interaksi antara ahli-ahli GB ni memang mantop. Malah dia punya laman web pun simple dan mesra pengguna. Waktu kat dalam tu rasa macam kat Facebook pun ada. Hahaha. Bagaimanapun, ikut pendapat aku, masih ada peningkatan yang boleh dibuat lagi.
Pertama tentang entry lama. Bila 1st time ping blog, aku fikir sistem patut ambik juga entri2 lama kat sesuatu blog tu. Tapi ada juga yang berpendapat ping entry lama ni tak beretika. Sebab boleh menyebabkan semak kat sana. Alternatif lain, mungkin boleh dibuat supaya tak ping semua, tapi mungkin 2, 3 sekali. (Ini untuk first ping sahaja, subsequent ping cuma latest entry sahaja) Nak masyuk lagi kalau kita boleh tentukan first 5 entries ke, first 6 ker.. hahaha. Demand la plak aku nih. Anyway. Blog aku pun bukan ada banyak entri n bukan banyak kali update pun. Tapi aku pasti, kalau betul2 boleh buat lagi bagus, ye tak? Aku pasti orang tak kisah pasal ni, tapi kalau ada lebih baik dari tak ada. Aku cuma nyatakan pendapat aku je :P

Bila bercakap pasal komuniti , aku nak kemukakan la sikit apa yang aku fikir pasal komuniti ni. Yang utama sekali tentulah berkenaan trafik. Banyak juga yang aku baca kat blog kawan-kawan, kata mereka nak naikkan trafik masuk lah komuniti. Memang, aku pun setuju. Tapi trafik tak penting sangat bagi aku. Sebab aku tau tak ada benda menarik pun kat sini. So, kenapa join komuniti? Jawapan aku, sebab kat sana ada banyak blog2 menarik. Hahaha. semua orang tahu kan, kat internet ni ada banyak blog. Gila aku nk baca semua. So, jalan mudah ialah dengan masuk komuniti, lawat la blog-blog yang popular. Tak pun blog yang aku rasa menarik. Kat GengBlogger kan ada recent blog update. Maksudnya aku tak perlu lagi pergi ke blog member, klik blogroll diorang, then klik lagi kat cbox diorang-diorang semata-mata nak baca blog. Kalau buat macam tu aku tak ada banyak pilihan. Nak search kat Google, aku pun blur nak cari tajuk apa. Maklum aku ni kan suka membaca. Semua topik aku bantai.
Setakat ni aku ada menyertai dua, tiga komuniti blog. Antaranya Bloggers Malaysia, Blog Malaysia, Kelantan Bloggers, Kelantan Blogger, GengBloggers dan YouthMedia. Bagaimanapun, aku cuma bersama YouthMedia tak lama. Sebab dia lebih kepada promote blog. Macam yang aku kata, aku lebih suka baca orang punya. Tambahan pula, widget dia tu kurang menarik bagi aku. Apa yang aku boleh kata? Semua komuniti yang aku join tu lebih kepada direktori blog, atau listing blog sahaja. Tak ada interaksi ahli, melainkan recent update saja. (Kebanyakannya automatik discover feed). Bukan nak kata tak bagus, sebab semuanya ada peranan masing-masing. Tapi setakat ni, aku lihat GengBlogger sebagai komuniti yang semakin berkembang.
Rugi kalau sapa2 yang tak join :P
Wassalam

~taKe a bReaK!~
People come and go, so goodbye is something we have to accept even though, deep down we may wish that we do not want it to happen. Nevertheless, goodbye is a word we cannot avoid forever. We must understand that few things stay permanently where we want them to be. A time has to come when goodbye has to be uttered. Of course, partings are difficult to bear but life is such that we have to realize the ups and downs of it. Goodbye is a very difficult word to utter, especially if it is directed to the ones we love...
I want to write, but my mind's going upside down.. Too tired, too much.. Can I just forget everything?
And no, the above quote have nothing to do with this. Go. Die. Let me be.
Urghh..



View My Guestbook