"Life is made up of tears and smile"
Geng Blogger
Strangers are just friends waiting to happen. ~Rod McKuen, Looking for a Friend~
Semenjak dua menjak ni aku banyak sekali berfikir.. walaupun aku sendiri pun tak tahu apa yang aku selalu fikir - fikirkan. Haha. Tapi yang pasti, aku sekarang lebih aktif membaca blog. Apa lagi sekarang ni aku dah jadi ahli Gengblogger. Lagi la meriah. Ikut pengamatan aku, Gengblogger ni lain sikit dari komuniti blogger yang aku dah masuk. Lain sebab interaksi antara ahli-ahli GB ni memang mantop. Malah dia punya laman web pun simple dan mesra pengguna. Waktu kat dalam tu rasa macam kat Facebook pun ada. Hahaha. Bagaimanapun, ikut pendapat aku, masih ada peningkatan yang boleh dibuat lagi.
Pertama tentang entry lama. Bila 1st time ping blog, aku fikir sistem patut ambik juga entri2 lama kat sesuatu blog tu. Tapi ada juga yang berpendapat ping entry lama ni tak beretika. Sebab boleh menyebabkan semak kat sana. Alternatif lain, mungkin boleh dibuat supaya tak ping semua, tapi mungkin 2, 3 sekali. (Ini untuk first ping sahaja, subsequent ping cuma latest entry sahaja) Nak masyuk lagi kalau kita boleh tentukan first 5 entries ke, first 6 ker.. hahaha. Demand la plak aku nih. Anyway. Blog aku pun bukan ada banyak entri n bukan banyak kali update pun. Tapi aku pasti, kalau betul2 boleh buat lagi bagus, ye tak? Aku pasti orang tak kisah pasal ni, tapi kalau ada lebih baik dari tak ada. Aku cuma nyatakan pendapat aku je :P

Bila bercakap pasal komuniti , aku nak kemukakan la sikit apa yang aku fikir pasal komuniti ni. Yang utama sekali tentulah berkenaan trafik. Banyak juga yang aku baca kat blog kawan-kawan, kata mereka nak naikkan trafik masuk lah komuniti. Memang, aku pun setuju. Tapi trafik tak penting sangat bagi aku. Sebab aku tau tak ada benda menarik pun kat sini. So, kenapa join komuniti? Jawapan aku, sebab kat sana ada banyak blog2 menarik. Hahaha. semua orang tahu kan, kat internet ni ada banyak blog. Gila aku nk baca semua. So, jalan mudah ialah dengan masuk komuniti, lawat la blog-blog yang popular. Tak pun blog yang aku rasa menarik. Kat GengBlogger kan ada recent blog update. Maksudnya aku tak perlu lagi pergi ke blog member, klik blogroll diorang, then klik lagi kat cbox diorang-diorang semata-mata nak baca blog. Kalau buat macam tu aku tak ada banyak pilihan. Nak search kat Google, aku pun blur nak cari tajuk apa. Maklum aku ni kan suka membaca. Semua topik aku bantai.
Setakat ni aku ada menyertai dua, tiga komuniti blog. Antaranya Bloggers Malaysia, Blog Malaysia, Kelantan Bloggers, Kelantan Blogger, GengBloggers dan YouthMedia. Bagaimanapun, aku cuma bersama YouthMedia tak lama. Sebab dia lebih kepada promote blog. Macam yang aku kata, aku lebih suka baca orang punya. Tambahan pula, widget dia tu kurang menarik bagi aku. Apa yang aku boleh kata? Semua komuniti yang aku join tu lebih kepada direktori blog, atau listing blog sahaja. Tak ada interaksi ahli, melainkan recent update saja. (Kebanyakannya automatik discover feed). Bukan nak kata tak bagus, sebab semuanya ada peranan masing-masing. Tapi setakat ni, aku lihat GengBlogger sebagai komuniti yang semakin berkembang.
Rugi kalau sapa2 yang tak join :P
Wassalam

~taKe a bReaK!~
People come and go, so goodbye is something we have to accept even though, deep down we may wish that we do not want it to happen. Nevertheless, goodbye is a word we cannot avoid forever. We must understand that few things stay permanently where we want them to be. A time has to come when goodbye has to be uttered. Of course, partings are difficult to bear but life is such that we have to realize the ups and downs of it. Goodbye is a very difficult word to utter, especially if it is directed to the ones we love...
I want to write, but my mind's going upside down.. Too tired, too much.. Can I just forget everything?
And no, the above quote have nothing to do with this. Go. Die. Let me be.
Urghh..

Free Tiket Wayang
“Old Dogs” – FREE Sneak Peek for YouthSays Members

Semalam dapat email dari Youthsays. Aku pernah tulis entri pasal ni kat sini. Dah lama sebenarnya aku tak aktif dalam Youthsays ni. Survey pun da lama tak sampai ke inbox aku. Huhu. Biasanya bila dapat je email dari Youthsays ni, aku delete je. Tak larat nak ikut aktiviti2 dia. Tapi kali ni adik aku plak yang baca.
Katanya ada offer tiket wayang free. Isi nama ngan email je. Aku pun apa lagi. Walau cerita cam tak best, yang penting barang free. Layannn je.. Boleh buat release tension. Kepala pun ngah berasap skarang ni.
Dah isi, dapat confirmation email. Aku dapat 3 tiket. 4 Jan 2010, jam 9 malam. Kat e@Curve la plak. Jauh gak tu. huhu. Hmmm...
Tengok tajuk cerita. Old Dogs. Aku search kat internet. Mak aiiih. Bapak punya negative dia nyer review. Nampak gaya memang tak best pun crita neyh. Nasib, nasib. Takpe la. Layan je. Nanti kat sana boleh jumpa komuniti Youthsays. Really appreciate this.
Anyway. Thanks to Youthsays for this oppurtunity. Dah lama tak tengok wayang. :)
Ada sapa2 yang pernah pergi movie screening? Atau dapat tiket free? Dari mana korang dapat? Sudi2 lah kongsi :)
Wassalam

rEnuNgan bUaT TemaN
Sometimes you have to get to know someone really well to realize you're really strangers. ~Mary Tyler Moore
Suatu masa aku pernah fikir; mahu orang memahami aku, mahu orang menerima aku. Masa tu, aku jadi hipokrit, membuat sesuatu untuk menyenangkan hati orang lain, sedang hati sendiri tak terjaga. Aku lupa, aku tak boleh buat semua orang gembira. Artikel di bawah, aku baca tahun 2002. Ternampaknya dalam majalah yang tajuknya aku sudah lupa. Sejak itu aku cuba. Cuba menjadi pendengar, bukannya pencerita. Dan blog ini menjadi pendengarku yang setia.
Renung2 kanlah bersama
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana...
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
Dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Sahabat mengambil kira
Tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang
Untuk menerangkan keadaannya
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
Kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
Tetapi kita sering terlupa
Untungnya mempunyai seorang sahabat
Yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita
Hingga kadang-kadang kita terlupa
Sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat
Setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
Dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi....
Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin...
Kita akan tahu..
Pernahkah korang semua berada dalam dilema, ada masalah, rasa gelisah? Kepada siapa korang luahkan? Boyfriend, girlfriend, teman? Kongsi2 kanlah. Mungkin boleh jadi pedoman :)
Wassalam

ceRiTa pANaS 2o09
"Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui."
Cuti sekolah dah nak habis. Tahun 2009 pun dah sampai di penghujung. Macam biasalah, waktu-waktu begini kita akan dengar cerita pasal azam tahun baru, dan cerita kahwin. Abang aku sendiri pun baru sebulan kahwin. Hari ni, member satu sekolah kahwin. Abang member aku pun. Kadang2, bila aku dah tension dengan dunia material ni, aku bukak la dunia maya. Bukak blog member2... lahhhh, kahwin lagi. Baru teringat yang penulis blog tu pun manusia jugak. Tak boleh lari dari lumrah hidup. Apa nak kata?
Azam tahun baru. Topik hangat menjelang akhir tahun. Ingin aku tanya, apakah trend ini satu kebiasaan, ataupun memang lahir dari hati yang benar2 nakkan perubahan? Memang, menetapkan azam, matlamat atau cita2 adalah satu perkara yang baik. Tak kiralah tahun baru, hari lahir atau hari-hari yang lain pun. Bukankah hidup mesti ada matlamat, dan salah satu cara mendapat apa yang kita mahu adalah menetapkan hati ke atas matlamat tersebut?
Bagaimanapun, jangan jadi macam Pak Pandir... matlamatnya tetap, perancangannya tak ada. Atau jangan jadi Mat Jenin, matlamatnya saja yang ada. Usahanya? Duduk sahaja kat atas pokok kelapa. Semua orang tahu, untuk berjaya bahan-bahannya adalah matlamat, usaha dan doa. Ditambah dengan perisa sabar, istiqamah (berterusan) dan keyakinan, diadun pula dengan semangat tidak berputus asa. Percayalah, hasilnya akan nampak juga satu hari nanti. Ditambah lagi dengan redha Allah, bukankah itu kejayaan yang kita idamkan?
Sudah lumrah manusia, perjalanan menuju cita2 ada rintangannya. Kita pun akan keletihan bila berjalan lama. Ubatnya? Carilah teman penghilang sunyi. Teman yang boleh memberi semangat saat kelesuan, yang membantu ketika memerlukan. Lebih baik lagi jika teman itu yang tersayang, kerana dengannya perjalanan akan lebih indah. Bukankah suami/isteri itu pendengar yang setia, sahabat paling baik buat kita?
Sabda Rasullah SAW
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"
Untuk teman-teman semua, tetapkanlah azam. Jangan lupa pula, laksanakan. Moga-moga kita mendapat apa yang diinginkan.
Wassalam

Siti the Loner
Cats can work out mathematically the exact place to sit that will cause most inconvenience. ~Pam Brown
Getting bored... Right now I've got nothing to write, so let me just scribble whatever it is that I got in my head right now..
I love cat. Once upon a time, there were 22 cats at my home. Amazingly, they all came from a single mother. Never knew which is the daddy though. Hahaha. Ultimately, only one survived. The rest either became immigrant or were dead. Some of them lost their way, too :(
There is this story about cat and me. When I was still a hard to approach guy before (hahaha), I got to know a friend when chasing down a kitten down a corridor... Apparently we were chasing the same kitten too.. ^-^ Well, I'll just keep the detail to myself. Let's continue to this survivor of my house's cat clan, shall we?
Anyway, her name is Siti. Love to sleep on my bed. Of course I kicked her every now and then in my sleep. Hahahaha. Things she love to do? Landing on other's work. You read newspaper? She'll go and sit on the paper. Writing? Just see below to know what happen. That was natural.
- Saw his 'bro' doing some work and ignoring her, she went and looking around.

- Landing success!!

Yep. That's her alright. But that guy isn't me. It's my brother :)
Adios

Kompilasi Pantun SMACHIAN Set 2
Here it comes.. the second part of smach pantun fiesta. Hahaha. This is the compilation of pantun from Shahir and De Nije, also being compiled by Kinguni. Anyway, enjoy
Shahir
indoh sungguh kelate kito
pantainya putih laut terbente
sudoh adat orang bercinto,
bila jauh terkene-kene.
De Nije
merenung jauh airmata bergene,
mengenang si dia slalu terbaye,
kalu de jauh trkene-kene,
itulah cinta namanya saye..
Shahir
indah wajahmu menusuk hati,
senyum manismu tiada ganti,
cinto dan saye teloh terpatri,
moga ikate terus bersemi.
De Nije
berkejar-kejaran si anak ikan,
si anak burung d pohon rambutan,
kita merancang tuhan tentukan,
kena bersabar jalinkan ikatan..
De Nije
tukul pisau parang dan gunting,
buat sembelih si burung gagak,
buke kelas lizan saja monteng,
kelas-kelas lain pun sama jah jugak..
Shahir
gagok hitam mulot gege,
dudok baloh atas dehe,
ponteng memonteng sejaroh sile,
jadi kenange zame-berzame.
~KiNgUNi~
Adios

Kompilasi Pantun SMACHIAN Set 1
As I browse through my collection of info, I came across this one interesting email. It's actually a compilation of pantun, by two of my friends. These pantun was actually comments in Facebook. These guys really are creative. They actually made me laughed hard just by reading their lively conversation (supposedly). These really brightened my day :) Enjoy the first set, a conversation from Shahir and J3m3y, compiled by Kinguni.
A word of warning though, the language is Malay, with Kelantan dialect. And the reference made in these conversation is based on our life in our former school, SMACH. However, practically anyone would be able to enjoy these, provided you have an open mind. :)
Shahir
gi ganung rumoh abe mije,
sakot banjir naiklah sampe,
gurau sendo adat berkawe,
tok ambik hati lasung tok sipe.
J3m3y
lijah kg cat nk ank kembar...
ank kembal brehi maen di terminal...
ank jati klate pete dicabar...
abe mey sapo xkenal...
Shahir
naik bas meroh breti depe tanggo,
bayar tambe serial sapa plau mlako,
ni baru yolo abe mey kito,
anok jati klate bare sngoti bare nyato.
J3m3y
gi kantin kak nab,ado ore nk blanjo...
nasi lauk daging ngn air ise dewo...
abe mey xke nk duk sajo...
ore pakoh,jange wat manjo...
Shahir
nasik bukus kak nab rego 2 riya,
lauk aye pedah dengan smba lado,
buleh tahe jgk abe mey kita,
tidok nyeroh kaloh blh jawah blako.
J3m3y
sudin byk wie kito suko duko...
wat abe mey tingat ko skoloh...
ore laen tolong jange suko...
abe mey br nk buko lakoh...
Shahir
sains mache skoloh kito,
byk crito byak karo,
jange bimbe abe mey kito,
lamo2 nyoh koho tero.
J3m3y
abe mey ingt lagu smach kito...
pakat nyanyi mace soprano...
saing2 abe mey nk kntek blako..
buleh abe mey tau demo duk mano...?
Shahir
nyayi lagu rama-rama,
pitching lari blana kokna,
ambo loni ado dok petaling jaya,
kijo dengan arkib negara
~KiNgUnI~
Berusaha Berilmu Berbakti
Adios

~Mesej HanDphoNe~
Satu jam lagi aku nek bas pegi JB. Huhu. Boring nih. jap g aku pegi ah ke Pudu. Skarang ni aku nak tulis mesej yang aku dapat dari adik aku... huhu. Dia suh aku anta kat gf, tapi paham jela, bujang. Hahaha.
Jiwang sket mesej ni, so kalau ada yang x suka, sila2 lah beredar. Takpe aku tak marah.
Dulu kita rasa dekat,
Borak sama2,
Gelak sama2,
Gembira sangat.
Pape pun yang kita buat,
mesti ada kenangan yang indah2,
Sampai rasa cam tanak lari dari masa tu...
Tapi skarang,
Kita makin jauh,
Makin sibuk,
Tak dapat nak borak selalu...
Selalu rasa rindu.
Camne,
Kalau satu hari saya ditakdirkan takde lagi?
Harap2,
Masa yang dulu tu,
Sentiasa boleh buat awak tersenyum..
Dan jangan lupa,
Ada atau xder saya,
Saya sentiasa ingat awak
Sampai saya takde lagi kat dunia ni...
Ingat tau
Hahaha. Memang jiwang. Papepun, layann.
Adios 
~neW day.. new life~
Cinta takkan datang kalau tak dicari
Cinta juga takkan dapat kalau tiada yang memberi,
Tapi,
Mencari biarlah pada yang sudi,
Bukan pinta pada yang simpati..
Oppss... ayat adik aku tu.. Hahaha.
Dah lama tak update. Bukan tak menulis, sebab sekarang ni aku memang kerap sangat menulis ni... just menulis dari segi lain la.. Bukan kat sini.
Anyway sekarang aku dah habis kontrak kat AmBank. Seminggu aku kat rumah, menganggur. Tiap2 hari dok apply kerja je. Satu hari, dapat call. Alhamdulillah. Interview. Akhirnya.
So, malam ni aku pergi Pasir Gudang. Interview esok, harap-harap berjalan lancar. Dah lama tak pergi interview ni. Apalagi untuk position engineer. Hahaha. Apapun, insyaAllah. Aku tak mahu mengharap, tapi aku juga tak nak mengalah. Itu bukan sifat aku.
Bila aku bincang2 ngan member rumah, ada la plak yang tak galakkan aku pergi. :( Kos tinggi, susah tu, susah ni... Tapi aku dah nekad. Kalau aku taknak, takkan la aku mintak keje tu... Yer tak? Bagaimanapun, pendapat diorang aku hargai.
Adik aku pulak... memang la dia galakkan. Hahaha. Nih ada sebab lain sebenarnya. Huahahaha. Dia nak amik umah aku kat KL ni kalau aku g kerja negeri lain. Cilakak tul. Haha. Sorry bro, gurau jek. Aku men tulis je ni. Nak lepas yang ada kat kepala.
Cerita balik pengalaman aku kat AmBank... banyak kenangan manis. Tak menyesal aku pergi sana. Iye la, pengalaman kerja memang la aku dapat. Tapi bekerja kat sana membuatkan aku mampu atasi fobia aku. Huhu. Fobia apa? Huhu. Dulu aku memang takut ngan phone. Aku prefer nak buat kerja guna email je. Tulis surat ke (dulu2 la). Pendek kata, call tu last option aku.. Hahaha. Nak call sapa2 pun, even member (kecuali geng kamceng r) pun aku tarik nafas panjang, siap prepare lagi apa nak cakap. Hahaha. Yup. Tu aku. Dulu la.
So, aku memang really bersyukur lepas kerja situ. Semalam aku dapat call dari Kak Ros. Hahaha. Dengan selambanya aku menjawab. Dapat formal call berkenaan interview ataupun bank pun, aku boleh jawab dan bercakap dengan lancar. Kak Ros siap sound lagi aku. "Amboii... macam cakap ngan customer kamu nih"... Hahaha. Alhamdulillah. Itulah salah satu improvement aku dalam masa 3 bulan ni... So sekarang ni nak kelentong orang pun senang r... Huahahaha. Gurau jer. ^-^
Teringat pula aku time kat ATCEN... Bila Ken suruh kitorang call mana2 customer service; be it bank, fast food etc. untuk observe diorang punya etika dan cara layan customer. Aku call bank untuk tanya pasal problem aku (betul2 ada problem ngan bank ah)... Aku ingat lagi, lepas habis saja call tu, aku tarik nafas panjang. Then aku bagitahu Ken.. "I felt very good to talk to someone over the phone like this"... Really... that was the first time aku rasa aku mampu bercakap dengan baik over the phone. Thanks to them all :P Really miss ATCEN and AmBank.
Dalam masa 3 bulan ni pun, banyak perkara yang aku dapat. Kawan2 pun ramai. Suma happy go lucky. Sorang je yang happy gold lucky. Hahaha. Special tu.. :P
Anyway, kalau nak tulis suma kat sini memang tak habis. Enough to say that it was a very valuable experience.
Right now, I'm thinking ahead. Gonna find a job. And hopefully, a job that I can enjoy too, just like before. Or better yet, a dream job. No hopes up, but that's my target. Gonna go for it.
Truth is.. I'm jealous of someone. Hahaha. Kalau la aku ni dah ada kerja....
That's all.
Adios 


View My Guestbook