"Life is made up of tears and smile"

~neW day.. new life~

Posted November 12, 2009 01:52PM

 

Cinta takkan datang kalau tak dicari
Cinta juga takkan dapat kalau tiada yang memberi,

Tapi,

Mencari biarlah pada yang sudi,
Bukan pinta pada yang simpati..

 

Oppss... ayat adik aku tu.. Hahaha.

Dah lama tak update. Bukan tak menulis, sebab sekarang ni aku memang kerap sangat menulis ni... just menulis dari segi lain la.. Bukan kat sini.

Anyway sekarang aku dah habis kontrak kat AmBank. Seminggu aku kat rumah, menganggur. Tiap2 hari dok apply kerja je. Satu hari, dapat call. Alhamdulillah. Interview. Akhirnya.

So, malam ni aku pergi Pasir Gudang. Interview esok, harap-harap berjalan lancar. Dah lama tak pergi interview ni. Apalagi untuk position engineer. Hahaha. Apapun, insyaAllah. Aku tak mahu mengharap, tapi aku juga tak nak mengalah.  Itu bukan sifat aku.

Bila aku bincang2 ngan member rumah, ada la plak yang tak galakkan aku pergi. :( Kos tinggi, susah tu, susah ni... Tapi aku dah nekad. Kalau aku taknak, takkan la aku mintak keje tu... Yer tak? Bagaimanapun, pendapat diorang aku hargai.

Adik aku pulak... memang la dia galakkan. Hahaha. Nih ada sebab lain sebenarnya. Huahahaha. Dia nak amik umah aku kat KL ni kalau aku g kerja negeri lain. Cilakak tul. Haha. Sorry bro, gurau jek. Aku men tulis je ni. Nak lepas yang ada kat kepala.

Cerita balik pengalaman aku kat AmBank... banyak kenangan manis. Tak menyesal aku pergi sana. Iye la, pengalaman kerja memang la aku dapat. Tapi bekerja kat sana membuatkan aku mampu atasi fobia aku. Huhu. Fobia apa? Huhu. Dulu aku memang takut ngan phone. Aku prefer nak buat kerja guna email je. Tulis surat ke (dulu2 la). Pendek kata, call tu last option aku.. Hahaha. Nak call sapa2 pun, even member (kecuali geng kamceng r) pun aku tarik nafas panjang, siap prepare lagi apa nak cakap. Hahaha. Yup. Tu aku. Dulu la.

So, aku memang really bersyukur lepas kerja situ. Semalam aku dapat call dari Kak Ros. Hahaha. Dengan selambanya aku menjawab. Dapat formal call berkenaan interview ataupun bank pun, aku boleh jawab dan bercakap dengan lancar. Kak Ros siap sound lagi aku. "Amboii... macam cakap ngan customer kamu nih"... Hahaha. Alhamdulillah. Itulah salah satu improvement aku dalam masa 3 bulan ni... So sekarang ni nak kelentong orang pun senang r... Huahahaha. Gurau jer. ^-^

Teringat pula aku time kat ATCEN... Bila Ken suruh kitorang call mana2 customer service; be it bank, fast food etc. untuk observe diorang punya etika dan cara layan customer. Aku call bank untuk tanya pasal problem aku (betul2 ada problem ngan bank ah)... Aku ingat lagi, lepas habis saja call tu, aku tarik nafas panjang. Then aku bagitahu Ken.. "I felt very good to talk to someone over the phone like this"... Really... that was the first time aku rasa aku mampu bercakap dengan baik over the phone. Thanks to them all :P Really miss ATCEN and AmBank.

Dalam masa 3 bulan ni pun, banyak perkara yang aku dapat. Kawan2 pun ramai. Suma happy go lucky. Sorang je yang happy gold lucky. Hahaha. Special tu.. :P

Anyway, kalau nak tulis suma kat sini memang tak habis. Enough to say that it was a very valuable experience.

Right now, I'm thinking ahead. Gonna find a job. And hopefully, a job that I can enjoy too, just like before. Or better yet, a dream job. No hopes up, but that's my target. Gonna go for it.

Truth is.. I'm jealous of someone. Hahaha. Kalau la aku ni dah ada kerja....

That's all.

Adios

 

Comments

There are no comments for this post.

Add comment